CHENGDU: Skuad badminton negara berdepan tugas getir dalam misi 'memecahkan' tembok besar China pada saingan separuh akhir Piala Thomas 2024, sekali gus mencipta sejarah melangkah ke perlawanan akhir selepas 10 tahun, di sini.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah yang dijangka memenuhi Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone menyaksikan perlawanan pada 5 petang, esok.
"Saya lihat China memiliki kekuatan pemain perseorangan sama rata antara satu sama lain manakala peluang beregu mereka dengan kita pula 50-50.
"Dengan status sebagai tuan rumah, mereka mungkin mempunyai tekanan. Malaysia harus ambil peluang tersebut untuk memberikan persembahan terbaik dan hanya menikmati perlawanan separuh akhir esok," katanya kepada media Malaysia di sini.
Malaysia mara ke separuh akhir selepas lapan tahun dengan menyingkirkan juara 2014, Jepun 3-1 manakala China pula menundukkan juara bertahan India juga 3-1, semalam.
Rexy pada masa sama mengingatkan para pemain agar tidak terbuai dengan kejayaan mengecewakan Jepun dan kembali fokus untuk berdepan China.
Rekod empat perlawanan terakhir antara Malaysia dan China dalam kejohanan berpasukan lelaki sejak 2010 ternyata tidak memihak negara apabila tewas kesemua perlawanan itu.
Kali terakhir kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Piala Thomas adalah pada edisi 2012 di Wuhan, China, menyaksikan tuan rumah menewaskan Malaysia 3-0, pada aksi suku akhir.
Pakar beregu dari Indonesia itu memuji persembahan pemain perseorangan utama dan kedua negara Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao, yang menampilkan prestasi mengagumkan ketika membantu Malaysia menewaskan Jepun.
Katanya, ketenangan dimiliki Zii Jia membantu pemain nombor 10 dunia itu beraksi mantap dan situasi itu telah membakar semangat Jun Hao untuk mempamerkan persembahan jitu dalam perlawanan ketiga.
Zii Jia menyumbang mata sulung negara selepas mengalahkan Kenta Nishimoto 21-13, 21-3 manakala Jun Hao, pemain di ranking ke-37 dunia mengejutkan pemain ranking ke-22, Koki Watanabe 21-13, 21-10, untuk memberikan mata kedua dalam perlawanan ketiga.
Biarpun bermula baik pada set pertama, Rexy mengakui persembahan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlalu pasif dan merudum pada dua set berikutnya sekali gus tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 21-18, 14-21, 19-21.
"Saya lihat Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga terlalu pasif seperti Aaron-Wooi Yik dalam set pertama namun pada set kedua ada berubah sedikit dan set ketiga mereka dapat momentum sehingga berjaya mengganggu rentak lawan dan mengawal perlawanan selepas itu," katanya.
Sze Fei-Nur Izzuddin muncul wira selepas bangkit dari ketinggalan dan menamatkan permainan dengan 18-21, 21-15, 21-12, sekali gus meraih mata kemenangan Malaysia bagi menyalakan semula harapan menamatkan kemarau 32 tahun kejuaraan dalam saingan badminton berpasukan berprestij dunia.
Sementara itu, Rexy berkata peranan pakar psikologi Frederick Tan yang dibawa masuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak Februari lepas mula menampakkan impak apabila berjaya membantu barisan pemain mengekalkan kekuatan mental sehingga berjaya memenangi perlawanan menentang Jepun semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Rexy mengingatkan para pemain agar tidak terbuai dengan kejayaan mengecewakan Jepun dan kembali fokus untuk berdepan China. - Foto fail/BERNAMA
Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri - Mohd Shafie
Definisi dan situasi miskin tegar di Sabah tidak sesuai untuk disamakan dengan Semenanjung dalam usaha mencari langkah penyelesaian tuntas isu itu di negeri berkenaan.
AWANI 7:45 [03/06/2024] – Peningkatan dua kali ganda | Siasatan pembunuhan Zayn Rayyan | Terima keputusan hati terbuka
-Sejuta penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun hadapi kemurungan.
-Polis selesai rakam keterangan bekas pengasuh Zayn Rayyan.
-Tujuh wakil rakyat Bersatu berlapang dada digugur keahlian.
-Jemaah tertua Malaysia, simpan duit sejak remaja hasil kerja bendang.
-Polis selesai rakam keterangan bekas pengasuh Zayn Rayyan.
-Tujuh wakil rakyat Bersatu berlapang dada digugur keahlian.
-Jemaah tertua Malaysia, simpan duit sejak remaja hasil kerja bendang.
PRK Sungai Bakap: Pas masih perhalusi senarai calon
Pas Pulau Pinang masih memperinci dan memperhalusi senarai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Sungai Bakap sebelum mengemukakannya kepada pucuk pimpinan parti untuk dimuktamad.
[KOLUMNIS] Komitmen Kerajaan MADANI selesaikan MA63
Perjanjian Malaysia (MA63) kini menunjukkan perkembangan positif terutama dalam memenuhi tuntutan asas menerusi perjanjian itu.
Tindakan pantas bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta
Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang terkunci dalam kereta hari ini.
Pesawah kerja kuat sejak muda, "steady" tunai haji di usia 90 tahun
Menabung sejak usia remaja, sentiasa aktif membanting tulang mengerjakan sawah seawal umur 15 tahun antara rahsia Zakaria Hamad atau Pak Su Ya, berusia 90 tahun dari Kelantan "steady" berada di Tanah Suci menjadi jemaah tertua bagi musim ini.
17.4 peratus undi pengundi India cukup signifikan
Meskipun komposisi pengundi Melayu pada PRK Sungai Bakap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mencecah kira-kira 59.4 peratus namun undi masyarakat India tidak boleh diketepikan.
Rangkul anugerah emas lagi di ‘Oscars hartanah dunia’
Pemaju Malaysia, SkyWorld Development Berhad merangkul Anugerah Emas Dunia kali kedua berturut-turut pada Anugerah Fiabci World Prix D’EXcellence 2024 di Singapura.
[TERKINI] Calon PKR bertanding DUN Sungai Bakap
Ini laporan yang baharu kami terima.
Calon dari PKR akan mewakili Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Calon dari PKR akan mewakili Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Tujuh wakil rakyat terima hati terbuka
Tujuh wakil rakyat yang digugur keahlian daripada Bersatu menerima keputusan dengan hati terbuka.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.